Maklumat Kamijika anda merancang untuk berkunjung ke Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk tujuan melancong, menghadiri majlis kenduri, atau mengunjungi saudara-mara atau anak yang belajar di Kolej Melayu atau Kolej Islam Sultan Azlan Shah, tentu bermasalah untuk mencari penginapan yang sesuai dan murah dengan ahli keluarga yang ramai.
Rata-rata kemudahan homestay yang ditemui adalah tinggalan kediaman yang tidak digunakan lagi seperti tilam dan katil lama, bilik air yang tidak selesa, keadaan yang berbau, perabot-perabot yang berlebihan tanpa fungsi, menggunakan kipas dan sebagainya. Atas kesedaran tersebut, Rahim Homestay merupakan sebuah tempat penginapan yang baru sahaja diubahsuai pada November 2014. Kami mengolah semula sebuah rumah untuk disesuaikan dengan tujuan penginapan homestay semata-mata dengan standard hotel. Untuk mengoptimumkan keselesaan anda, homestay kami menggunakan PENDINGIN HAWA SEPENUHNYA meliputi kesemua bilik, ruang tamu, ruang tv dan ruang makan. Ini bagi memastikan keluarga besar anda cukup selesa dengan suhu yang nyaman sepanjang masa. Kami juga mengolah BILIK AIR DAN TANDAS MENGIKUT SPESIFIKASI HOTEL dengan siapan jubin senuhnya bersama kemudahan mandian panas dengan konsep 'rain-shower'. Sebagai kemudahan hiburan, kami menyediakan sebuah TV LED 32 inci dengan ASTRO NJOI 22 saluran. RUANG MELETAK KENDERAAN kami adalah cukup besar dan luas sehingga 5 buah kereta. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana kedai makanan popular Kuala Kangsar - Restoran Jimboi (mempunyai 3 cawangan) hanya terletak dihadapan Homestay kami! Kami juga sedia untuk membantu apa-apa keperluan anda sepanjang penginapan anda di Rahim Homestay |
Lokasi
|
Galeri
Dengan kemudahan bertaraf hotel dan Air-Cond sepenuhnya, kami hanya mengenakan kadar bayaran serendah RM150 bagi satu malam sahaja !
Dan kami menjamin anda menikmati KESELESAAN MAKSIMUM PADA HARGA MINIMUM !
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tempahan, sila hubungi :
EN AZLI : 016-5333724
ATAU anda boleh menggunakan Borang Tempahan dibawah dan kami akan membalas dalam tempoh 24 jam
Dan kami menjamin anda menikmati KESELESAAN MAKSIMUM PADA HARGA MINIMUM !
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tempahan, sila hubungi :
EN AZLI : 016-5333724
ATAU anda boleh menggunakan Borang Tempahan dibawah dan kami akan membalas dalam tempoh 24 jam